Fitnah bakal Menteri Besar Johor Chua_Jui_Meng

Pada Ogos 2010, kain rentang memaparkan Pengerusi Perhubungan PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng sebagai bakal Menteri Besar Johor semasa ceramah PKR di Rengit, Batu Pahat, Johor. Potret Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tuanku Sultan Johor turut disertakan dan menimbulkan kemurkaaan baginda dan kemarahan orang Melayu . Kain rentang itu dipasang sepanjang Kembara Mahkota Johor. Polis Johor menerima 40 laporan polis yang berang dengan kain rentang itu . Datuk Chua Jui Meng mendapati kain rentang itu ada beberapa kesalahan dan bertujuan menimbulkan kemarahan orang Melayu Johor kepada PKR dan Anwar Ibrahim.[6] Kain rentang itu dipercayai dicetak di sebuah syarikat di Johor Bharu membabitkan bekas Menteri Besar Johor. Chua memberi kenyataan polis diiringi peguamnya, Sankara Nair di Balai Polis Batu Pahat.[7]

Ceramah PKR di Rengit pada 31 Ogos 2010 diserbu oleh 50 anggota unit simpanan persekutuan (FRU) dan polis. 9 orang ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Rengit.